
Royal Albert Old Country Roses merupakan jenama yang tidak asing lagi di dunia kerana lebih 100 juta keping produk ini telah terjual diseluruh dunia. Tidak sah kalau tidak membeli jenama ini sekiranya tinggal di England. Dan tidak lengkap perhiasan pinggan mangkuk kita sekiranya tidak mempunyai jenama ini sebagai sebahagian dari koleksi yang dihargai. Di seluruh dunia, para pengumpul pinggan mangkuk akan terus membeli dan melengkapkan koleksi Royal Albert OCR sebagai sesuatu yang boleh diwarisi. Yang hebatnya, jika diiklankan pasti ada pembeli yang sanggup membayar pada harga yang munasabah bagi koleksi ini.




Begitu juga dengan saya dan isteri. Walaupun pada mulanya kami bukanlah peminat fanatik pinggan mangkuk ini sebab yang biasa kita dengar adalah pyrex dan arcopal. Namun, setelah melihat rakan-rakan mula mengumpul koleksi ini, kami rasa terpanggil untuk melibatkan diri dalam pengumpul kesemua produk Royal Albert OCR yang termampu. Sedikit demi sedikit, ianya menjadi hobi yang menarik kerana harganya agak murah kalau dibeli di UK berbanding dengan harga di Malaysia yang berkali-kali ganda. Kini, kami sudah memiliki hampir keseluruhan produk tersebut dari set tea, set coffee, dinner set termasuk soup cup, soup tureen, vegetable tureen, soup bowl, vase, telefon, frying pan, pot, kettle dan toaster serta table coaster dan sebagainya. Nak dikira dengan duit, memang banyak yang dilaburkan tapi kami rasa puas kerana produk yang sering digunakan oleh orang-orang kaya dalam tv kini bukanlah sesuatu yang asing untuk dimiliki oleh semua golongan. Asalkan....kita tahu bagaimana dan dimana untuk membeli secara berhemah.
Memandangkan saya mempunyai lebihan produk-produk tersebut, saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan dijual pada harga yang munasabah. Email: azwie2003@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
Mungkin anda masih memerlukan gambar-gambar lain untuk dinikmati....layan fikiran dan minda anda. Sebenarnya banyak lagi yang kami miliki tapi hanya sebahagian yang dipaparkan di sini.
Email saya sekarang sekiranya anda berminat untuk memiliki koleksi Royal Albert Old Country Roses:
Anggaran harga:
a) Dinner set 20 pcs= RM1500 (harga pasaran RM2999)
b) Coffee pot = RM350 (harga pasaran RM1200)
c) Teapot= RM350 (harga pasaran RM1200)
d) Avon teacup= RM130/pair (harga pasaran RM400)
e) Teacup = RM100/pair (harga pasaran RM300)
f) Covered sugar bowl = RM275 (harga pasaran RM700)
e) Soup tureen = RM1500 (harga pasaran RM4999)
f) Wall clock = RM300 (harga pasaran RM1000)
g) 2 tier cake stand = RM275 (harga pasaran RM700)

